30 January 2016

Backpacking in Penang 2016 | #4CrackheadsInPenang Day 1

Did I mention to you guys that I'm going for my very first backpacking trip? Ceh, 'you guys' macam ada je baca blog ni hahahahaha. Okay, masa aku post entri ni, memasing belum move on walaupun 2 hari dah berlalu haha. Kau ingat senang ke nak move on ke bila backpack dengan kawan2 yang maha ohsem?

Going for a backpacking trip has always be one of my life goals. Ibu dengan ayah aku pada awalnya ragu-ragu nak bagi aku pergi. Aku yakinkan dorang jugak, sebab selama ni pun aku dah biasa independent. Aku ada beritahu parents aku, this is one of my dream. Salah satu reward aku jugak sebab dah penat belajar, semester lepas paling busy, almost takde weekend. I asked their permission first because it's kinda blessing from them.

Alhamdulillah, even though Penang is still located in Peninsular Malaysia, what matter the most is the journey itself, not the destination. Kenapa Penang? Actually kitorang nak pergi Penang Escape Theme Park dekat Teluk Bahang. Plus, we haven't been in Penang for a long time. Last aku datang Penang tahun 2007, masa form 1.

Recently, on 26th to 28th January me and my best friends which are the crackheads, Pika, Danial and Apis were travelling to Penang for our very first backpacking together. Aku, Pika dengan Danial berkawan sejak dari sekolah rendah. Tapi kitorang start rapat lepas SPM. Apis pulak aku kenal dia masa form 4, start rapat lepas SPM jugak. Pastu dia hilang kejap, after 3 years he came back and rapat sampai lah sekarang. 2 men (men keeee HAHA) that I can count on. Aku senang betul masuk dengan dorang ni. Semua jenis kepala gila2. Geng membahan menganjing semualah.

So we booked our flight ticket around October 2015 if I'm not mistaken bcs it was on promo. RM20 one way. Apa2 pun yang penting secure ticket any transportation paling murah. Then, baru kumpul slow2 untuk the whole trip. Kitorang bincang most of the trip dalam group WhatsApp. Trip ni memang kitorang senyap2 je nak pergi. Yang tahu pun beberapa orang je yang agak "bernasib baik" LULZ. Entahlah, aku lagi suka macam tu. Kau nak travel memana pun senyap2 jelah. Ni sampai buat conversation berjela2 dekat Twitter bagai. Ingat orang suka ke apa #emo haha

So lebih kurang seminggu sebelum pergi tu kitorang jumpa balik, arrange itinerary yang aku buat. 

Selasa, 26 Januari 2016.
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba haha. Semua memang excited, tak boleh rileks, sebab ni first time backpacking sama-sama. Pukul 10 pagi, aku dengan Pika gerak dari Putrajaya Sentral, via KL Transit to KLIA2. Danial dengan Apis gerak sama2 dari Ampang, mum Danial tolong hantarkan. Sampai je KLIA2 aku terus melahap Subway untuk brunch,sementara tunggu Danial dengan Apis sebab dorang dah cakap sampai lambat. 

Boarding pukul 12.50, nasib baik 2 ekor mamat tu sampai 12.30. So berkejarlah kitorang ke security check, terus ke gate J22 yang maha jauh. Aku tak pernah dapat gate dekat2 bila naik flight. Biasalah flight promo. Nasiblah.

1.30pm, AK6114 departed to Penang International Airport and touched down approx 1 hour later. Tak smooth langsung plane ni landing. Takpelah, janji sampai. Excuse for my eye bag duhhhhh.


So sampai je airport, kitorang terus ambik a few brochures yang ada map. Senang nak guide jugak instead of using Waze. Ambil bas RapidPenang 101 atau 101E. RapidPenang sangat efisyen gais. Kalau korang backpacker macam kitorang ni, aku suggest baik naik bas je dekat Penang instead of sewa kereta.


Cuma kena sediakan duit cukup2 bila naik bas ni. Dari Airport ke KOMTAR, RM2.70. Macam kitorang, masing2 bagi RM3. Pastu tercongok berdiri depan driver tu tunggu bila nak bagi balance. Rupa2nya takde baki. Hahaha. Halal jelah.

Bas akan berhenti kat KOMTAR, landmark dekat depan H&M 1st Avenue Mall. Dekat situ banyak bas drop orang. Kitorang dengan backpack semua gigih berjalan kaki ke hotel. Hotel memang dekat gila dengan Terminal Bas KOMTAR. So yang ni aku puas hati sebab senang nak gerak.

For our accommodation,  aku pilih Wassup Youth Hostel, Jalan Penang, aku book dekat Booking.com. Rate aku dapat untuk 2 hari satu bilik standard, bathroom attached for RM190. So bahagi 2 dalam RM95 seorang. For 1 night aku tak sure sebab aku beli ni pun ada offer. Actually banyak je hostel for backpackers yang low in budget, but mostly tak attach bathroom dekat Jalan Chulia. Ada jugak hotel bajet yang attached bathroom. Tapi, kitorang prefer Wassup ni sebab nak bathroom attached, rate dia tinggi jugak dekat TripAdvisor, dekat dengan tourist attraction dan yang penting dekat dengan terminal bas. Senang nak gerak pergi mana2 since our main transportation is the bus. Malas nak fikir apa dah. So, kalau tak best ke apa memang redho jelah.

And the room is
SPACIOUS!!!! PUAS HATI GILAA. Best stay and recommended! Aku dapat bilik hujung so ada ruang. Kalau tengok bilik dia yang sebenar, ruang dia tak besar pun, tapi cozy sangat. Rate, akak kasi 4.5/5 bintang! Hakaq bagi 5 bintang kalau dia provide breakfast sekali!

Lepas freshen up ourselves, jamak solat, kitorang pergi makan dekat Restoran Kapitan. Jalan main redah je, tanya local people dekat sana. Penangites sangat peramah. Kadang2 kita takde tanya apa pun, senyum je, pastu dorang tanya, suggest itu ini. Masa on the way pergi Kapitan, kitorang lalu Jalan Kuala Kangsar ke Lebuh Campbell, kiri kanan ada kedai daging, owner Chinese. Punyalah aku mengamati daging apa lah uncle tu potong sesambil jalan tu.


Ada yang tengah potong dengan tak pakai baju hahahaha. Jangan salah sangka, kitorang cuma terkejut je dengan view macam ni. It wasn't particular view in our daily routine, so yeah. 

So sepanjang Lebuh Campbell,  memang banyak gila bangunan lama yang dah renovate, cecantik semuanya.
Tak paham apa dua ekor ni buat.

Masjid Kapitan Keling, checked.

Actually area masjid ni pun dah banyak street art. Kitorang hold dulu plan hunting for street art, masa tu semua memang kebulur sangat. 
 Kapitan selfie.
Major happiness! Beriyani Kapitan, checked!

Aku dengan Apis makan beriyani tandoori. Danial, beriyani lamb claypot dan Pika, beriyani beef claypot. Sumpah power briyani kedai ni. If you're visiting Penang, make sure this restaurant included in your list.

Lepas makan, kitorang pergi cari Penang Street Art. Street Art ni bersepah. Mostly banyak dekat Lebuh Armenian, Lebuh Ah Quee. So make sure korang cari map ke atau buat sikit research pasal street art ada dekat jalan mana. Macam kitorang, main redah je sebab pusing2 tang tu jugak.
 Armenian Street.

 Cari jalan ke hati awak, boleh?




 Macam belakang aku ni, rumah lama tapi masih lagi di diami orang.


Famous mural.



Armenian Street. Famous couple. HAHAHHAAHAH


Pada sebelah malam pulak, kalau ikut itinerary kitorang akan ke Padang Kota Lama sebab nak pekena pasembur. Aku dah lama ngidam benda alah ni. Jauh jugak kitorang berjalan, dari Lebuh Victoria, lalu Lebuh Pantai dalam 1.5km ke Padang Kota Lama. 

Lepas tu nampak Fort Cornwallis, singgah situ jugak. Ingatkan nak masuk, tapi fees dia mahal jugak, RM20/pax. Tak jadi, last2 bergambar depan entrance je.


Keluar dari simpang bulatan ada Queen Victoria Memorial Tower,dekat tepi jalan besar sepanjang Padang Kota Lama ada replika hot air balloon kecik2 tu. Cantik sangat. Rupa2nya masa weekend nanti ada Penang Hot Air Balloon.



 Padang Kota Lama, checked!
Jalan punya jalan, cari Medan Selera Padang Kota Lama atau Esplanade Padang /Kota Lama tepi pantai. Tapi kat situ macam tak happening, hambar, biasa je. Ke sebab weekdays? Danial suggest pegi makan dekat Gurney Drive sebab dekat situ lagi sedap. So kitorang pun menapak ke stesen bas berdekatan Lebuh Light.

Masa menapak tu, ada sorang pakcik ni naik motor tetiba berhenti depan aku dengan Danial. Dia tanya ada duit tak, nak RM2. Bagi seringgit pun jadilah sebab dia nak balik seberang. Aku perasan pakcik tu dok usha dompet dan iPhone yang Danial pegang. Risau pulak aku, mana tau pakcik tu tetiba nak ragut ke. Aku cepat2 hadang tangan depan Danial supaya pakcik tu tak dapat nak capai apa2. Lagipun masa tu aku dengan Danial memang takde duit kecik. Ikutkan hati aku memang malas nak layan. Lepas tu, Apis hulur RM1. Terus kitorang blah. Pakcik tu dia macam tengah high pun ada, dia macam tak berhenti membebel. Dia macam marah2 aku lah sebab aku macam tak bagi Danial layan. Hareyyy. Memang aku tak kasi dia layan pun. Tapi Apis bagi hulur jugak, takut2 orang tu tetiba kejar ke.

Gurney Drive tu jauh jugaklah dalam 5km macam tu. So memang taklah kalau nak jalan kaki lagi. Kitorang naik bas, bas berhenti betul2 depan Gurney Plaza. Jalan kaki sikit lalu belakang mall tu nak ke Gurney Drive. Nampak ada banyak stall Chinese. Bila jalan sikit, tengok stall Malay semua tutup!
Nak salahkan Danial pun tak boleh sebab memang tadi dia yang mengamuk nak makan dekat Gurney haha. Memang takde rezeki kitorang nak makan pasembur malam tu. 

Masing-masing semua dah penat sebenarnya. Jalan kaki balik ke bus stop tadi, ambil teksi sampai KOMTAR. Tanya pakcik tu mana lagi tempat makan best. Pastu dia cakap Sup Hameed. Masa on the way dekat Jalan Penang tu nampak restoran tu. Sepanjang Jalan Penang tu memang banyak tempat makan famous2, tapi kitorang hold untuk hari ketiga. 
Uncle tu drop kitorang dekat dengan IPK Penang, kebetulan ada satu lorong ni cawangan Sup Hameed. Kitorang pun lapar lagi sebenarnya sebab banyak tenaga dah guna untuk jalan kaki. Singgah kejap makan dekat situ. Sup dia memang power beb, tak tipu. Lupa nak snap gambar. Sup Hameed, checked!

Around 11.30 malam kitorang sampai hotel. Memasing dah penat, esok pagi kena bangun awal, kumpul tenaga untuk second day pulak sebab nak pergi Teluk Bahang. Our first day in Penang, checked!

Muka penat+Muka lapar

To be continued for Day 2. Boleh baca dekat sini

For the itinerary, you may reach me on fiezfizah[at]gmail.com

No comments: